Sunday, 10 November 2013
CH: Kalau Kutahu...
Teks: Mazlia Murat
Foto: Carian Google
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Dua tiga kali ke pejabat pos di pusat beli-belah itu, saya senang hati. Lengang. Jadi saya fikir memag tidak ramai orang berurusan di pejabat pos itu.
Terlalu mudah saya membuat kesimpulan. Nyata andaian saya silap. Hari itu, ramai menunggu di dalam. Ramai juga di luar. Nombor giliran saya dan suami... aduhai.... Mahu berpatah semula, kotak seberat 9 kilogram. Kasihan pula kepada suami. Sudahlah parking jauh.
Mujur saya sudah semakin selesa menyusukan anak di hadapan khalayak. Dengan berbekalkan snugg baby sebagai alas/bantal, dan T-Shirt jenis selak, saya pun gigihkan hati menyusukan anak. Sesekali anak saya merengek tidak selesa. Maklumlah, ramai orang. Maka terasa panas. Sejuk dari pendingin hawa tidak terasa.
Sejam lebih, saya rasa mahu mengalah. Nombor saya masih jauh lagi. Pelik betul saya. Mengapa ramai sangat hari ini. Kaunter pula hanya dibuka dua. Ini boleh menimbulkan kemarahan! Lebih menekan rasa, urusan setiap orang terasa lama. Alahai... lain kali isi borang awal-awallah!
Anak semakin tidak selesa. Berpeluh. Menangis.
Tiba-tiba kedengaran suara, pengurus cawangan. Saya buat kesimpulan kerana sesekali beliau keluar masuk bilik yang bertulis pengurus cawangan. Beliau meminta pelanggan yang ada bayi ke kaunter dahulu. Wah, saya dan suamilah orang yang dimaksudkan itu! Alhamdulillah.
Suami segera menyelesaikan urusan di kaunter. Saya pula menenangkan anak. Bersiap mahu keluar dari pejabat pos itu.
Kata saya, "Kalau saya tahu, saya biarkan anak menangis dari awal." :)
PPN: Latar Dalam Novel
Latar atau 'setting' adalah latar belakang sesebuah cerita. Ia
memberikan suasana kepada jalinan peristiwa (plot) dan watak yang ada
dalam cerita.
Latar
memainkan peranan dalam perkembangan tema, plot, watak, dan
perwatakan. Watak dan perkembangan cerita akan menjadi lebih menarik
apabila berada dalam situasi pelbagai latar.
Terdapat
dua latar dalam sesebuah cerita, iaitu:
1. Latar fizikal atau latar persekitaran
Gambaran tentang tempat (lokasi) dan masa (zaman, musim) sesuatu perkara berlaku.
1. Latar fizikal atau latar persekitaran
Gambaran tentang tempat (lokasi) dan masa (zaman, musim) sesuatu perkara berlaku.
2. Latar masyarakat
Gambaran
tentang keadaan masyarakat di tempat sesuatu perkara berlaku. Ia
merangkumi
bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan
sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
Selamat mengejar pelangi.
Tatabahasa: Dari vs Daripada
Teks:
Mazlia Murat
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Kata
sendi nama 'dari' digunakan untuk arah, tempat, dan masa.
Contoh:
Contoh:
- Perjalanan dengan menaiki kereta dari Bandar Baru Bangi ke Melaka mengambil masa sekitar satu setengah jam.
- Widad berasal dari Pulau Pinang tetapi membesar di Johor.
- Subjek bahasa Melayu bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Kata
sendi nama 'daripada'
pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan
punca bagi manusia ataupun institusi, haiwan, benda, dan unsur
mujarad (abstrak).
Pendek kata, daripada digunakan untuk selain tempat, masa, dan arah.
Pendek kata, daripada digunakan untuk selain tempat, masa, dan arah.
Contoh:
- Ahmad menerima hadiah daripada ibunya sempena kejayaannya memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR.
- Leha tersengih-sengih ketika melangkah keluar daripada kereta.
- Pasu itu diperbuat daripada tanah liat.
- Gaun merah yang dipakai oleh Reen lebih cantik daripada gaun biru yang dipakai oleh Adilah.
_______
PM Mazlia Murat untuk sebarang pertanyaan.
Saturday, 9 November 2013
PPN: Plot
Teks: Mazlia Murat
Plot
adalah jalinan peristiwa yang berlaku dalam sesebuah cerita dari awal
hingga akhir. Plot merangkumi perkara yang terjadi dan sebab perkara
itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor sebab dan
akibat.
Ada
dua jenis plot dalam penulisan:
- Plot kronologis (Konvensional)
Plot
jenis ini dibina mengikut urutan masa iaitu yang dahulu didahulukan
dan yang kemudian dikemudiankan.
- Plot bukan kronologis (Bukan konvensional)
Plot
jenis ini tidak ditulis mengikut kronologis, sebaliknya diubah suai
mengikut imaginasi dan kreativiti pengarang.
Novel dimulakan dengan pengakhiran cerita, kemudian pembaca dibawa kepada permulaan cerita, iaitu sebelum pengakhiran, dan disudahi dengan peleraian.
Novel dimulakan dengan pengakhiran cerita, kemudian pembaca dibawa kepada permulaan cerita, iaitu sebelum pengakhiran, dan disudahi dengan peleraian.
Plot
secara umumnya mempunyai tiga peringkat utama, iaitu:
a)
Permulaan
-
Digunakan untuk memperkenalkan watak dan perwatakan, gambaran latar,
dan suasana
b)
Klimaks
-
Cerita berkembang lalu menghasilkan konflik sehingga mencapai
kemuncak (klimaks)
c)
Peleraian
-
Watak utama berjaya mengatasi atau menyelesaikan konflik yang
memuncak dan cerita berakhir
-
Ada juga cerita yang ditamatkan pada klimaks; tanpa peleraian.
Teknik
penyusunan plot yang menarik adalah penyusunan peristiwa secara
tidak kronologi. Kita perlu kreatif dan bijak menyusun dan
menjalinkan plot sehingga mencapai peleraian.
Selamat mengejar pelangi.
Selamat mengejar pelangi.
_______
Friday, 8 November 2013
TP: Dialog vs Naratif
Teks oleh: Mazlia Murat
Foto: Carian Google
Dialog adalah bentuk penceritaan yang disampaikan melalui perbualan oleh dua ataupun lebih watak. Ayat dialog lebih laju dibaca berbanding naratif. Manakala dialog yang pendek sudah semestinya lebih laju dibaca berbanding dialog panjang.
Dialog yang baik mempunyai nilai iaitu bertindak sebagai penggerak cerita. Ini sekali gus membantu pergerakan cerita menjadi lebih laju berbanding penceritaan dalam bentuk naratif.
Satu lagi kelebihan menulis banyak dialog berbanding naratif adalah, karya itu lebih mudah diadaptasi menjadi sama ada novel grafik, drama mahupun filem.
Walau bagaimanapun, sebagai penulis, kita perlu berhati-hati supaya tidak banyak menulis dialog yang tiada nilai cerita. Dialog sebegini hanya melambatkan perkembangan cerita, membosankan apabila dibaca, dan paling penting menimbulkan persepsi yang penulis tidak mempunyai bakat bercerita yang tinggi.
Contoh dialog yang tidak mempunyai nilai adalah dialog bertanya khabar, bertanya sudah makan ataupun belum yang berulang berkali-kali dalam karya dan meleret-leret.
Di bawah adalah contoh perbualan yang boleh diringkaskan:
Handpone Aminah berdering. Dia segera menjawab, "Helo."
"Helo." Kedengaran suara menjawab. "Boleh saya bercakap dengan Aminah?"
"Ya, saya bercakap. Siapa di sana?" tanya Aminah.
"Saya Ranjini. Awak apa khabar?" tanya Ranjini pula.
"Saya baik. Awak okey?" balas Aminah.
Ranjini pula menjawab, "Saya okey."
"Kenapa awak telefon saya?" tanya Aminah.
"Saya ada hal nak beritahu awak."
"Hal apa?" tanya Aminah lagi.
"Sebenarnya saya nak minta tolong awak. Saya tak faham kalkulus yang cikgu ajar tadi. Boleh awak ajar saya?" jelas Ranjini dengan panjang lebar.
"Boleh. Awak datanglah ke rumah saya pukul 4.30 petang nanti. Kita ulang kaji bersama-sama."
"Baiklah. Terima kasih, Aminah," ucap Ranjini, bersetuju.
Talian diputuskan.
Selepas diringkaskan:
Handphone Aminah berdering. Tertera nama Ranjini pada skrin.
Pantas Aminah menjawab panggilan itu, "Hai, Ranjini. Ada apa-apa boleh saya bantu?"
"Wah, bagus betul kaunter khidmat pelanggan awak." Gurauan Ranjini disambut tawa Aminah.
"Memang saya perlukan bantuan awak. Saya tak faham kalkulus yang cikgu ajar tadi," akui Ranjini.
Aminah pantas mempelawa, "Awak datanglah ke rumah saya pukul 4.30 petang nanti. Kita ulang kaji bersama-sama."

PPN: Genre, Tema, dan Sasaran Pembaca
Teks: Mazlia Murat
Foto: Carian Google
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Ramai orang mahu menulis. Namun, ada yang tidak tahu mahu bermula dari mana. Saya akan memperincikan beberapa aspek penting yang perlu ada dalam satu-satu manuskrip. Ia juga sebagai panduan untuk memulakan penulisan.
Perkara pertama yang perlu diputuskan adalah genre apa yang mahu ditulis?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, genre bermaksud kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu. Istilah genre berasal daripada perkataan Perancis yang bererti ' jenis' atau 'macam'.
Terdapat lima genre utama dalam kesusasteraan Melayu hari ini, iaitu puisi, cerpen, novel, drama, dan kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, sebagai contoh antara genre novel adalah novel romantik, novel sejarah, novel realistik, novel politik, novel komedi, novel thriller, dan lain-lain.
Blog ini memfokus kepada penulisan genre novel, dan boleh juga diaplikasi dalam penulisan cerpen.
Genre berkait rapat dengan tema.
Tema bermaksud perkara atau persoalan utama yang menjadi dasar sesuatu karangan atau cerita. Ia dibangkitkan secara langsung mahupun tidak langsung. Antara tema yang menjadi pilihan dalam penulisan adalah tema persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang, cinta, dan sebagainya.
Pada kebiasaanya, ada satu tema dalam satu-satu karya, tetapi dibangunkan oleh banyak persoalan; perkara atau isi yang lebih kecil yang ada hubungan dengan tema.
Pemilihan genre dan tema berkait rapat dengan sasaran pembaca. Kepada siapa kita mahu sasarkan penulisan kita? Adakah kepada kanak-kanak, remaja ataupun untuk pembaca dewasa? Bagaimana pula dengan jantina, profesion, dan lokasi pembaca? Kita juga perlu mengambil kira siapa yang akan mengeluarkan wang. Apabila kita memutuskan untuk mensasarkan kepada pembaca kanak-kanak, selalunya ibu bapa adalah pembelinya. Maka kita perlu mengambil kira bukan sahaja pembaca tetapi juga pembeli.
Terdapat banyak kategori pembaca, iaitu yang membuat keputusan berdasarkan emosi, yang rasional, yang sentiasa mahukan nilai tambah, dan ada juga yang mudah terpengaruh dengan pandangan orang ramai.
Faktor pembaca boleh mempengaruhi kesesuaian pemilihan tema dan seterusnya penulisan kita. Faktor ini juga antara perkara yang dinilai oleh sesebuah rumah penerbitan.
Dengan mengambil kira faktor pembaca sebelum memulakan penulisan, kita akan mengurangkan risiko karya menjadi syok sendiri, sekali gus meninggikan peluang karya kita menjadi pilihan pembaca. Menulis sesuatu yang menepati kehendak pasaran adalah langkah awal karya kita disukai penerbit dan langkah awal menjual karya kita.
Marilah mengejar pelangi.
_______
PM Mazlia Murat untuk sebarang pertanyaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)