Wednesday, 28 May 2014

Tarabahasa: Imbuhan

Teks: Mazlia Murat
Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my


Bismillah.

Tip penulisan hari ini; imbuhan.

Perletakan (SALAH)
Peletakan (BETUL)

Imbuhan pe-an. Kata dasar - letak.

Kerosakkan (SALAH)
Kerosakan (BETUL)

Imbuhan ke-an. Kata dasar - rosak.

Kebanyakkan (SALAH)
Kebanyakan (BETUL)

Imbuhan ke-an. Kata dasar - banyak.

Kebaikkan (SALAH)
Kebaikan (BETUL)

Imbuhan ke-an. Kata dasar -baik


Tuesday, 27 May 2014

Ejaan

Teks: Mazlia Murat
Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my


Bismillah.

Tip penulisan hari ini. Ejaan.

Kain pelikat (SALAH)
Kain pelekat (BETUL)

Rambut kerinting (SALAH)
Rambut keriting (BETUL)

Mengguris hati (SALAH)
Menggores hati (BETUL)

Menghayun tangan (SALAH)
Mengayun tangan (BETUL)

Memakai stokin (SALAH)
Memakai stoking (BETUL)


Thursday, 20 February 2014

Panduan Produk Novelicious (PTS Media Group)

Konsep jalan cerita bebas. Antaranya:
  1. Chic-lit
  2. Thriller
  3. Saspens
  4. Cinta
*cerita tentang perkahwinan tidak digalakkan.

Sasaran pembaca:
  1. Young adult
  2. Young executive
  3. Pelajar sekolah menengah

Format manuskrip:

Minimum 350 muka surat saiz A4
Double spacing
Font Times New Roman 12

e-melkan kepada nazwani@pts.com.my

Wednesday, 19 February 2014

Alaf 21: Tema

Sumber dan Penulis Teks: Puan Saiadiah Mohamad (Editor Alaf 21)


Saya ingin berkongsi ilmu penulisan dari sudut pandangan seorang editor. Apa yang saya sampaikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama 15 tahun sebagai editor novel Alaf 21. Mungkin maklumat ini tidak dicetak di dalam buku khusus tetapi ini adalah daripada pemerhatian saya selama ini.

Kepada penulis-penulis muda yang ingin bergelar novelis, sebelum mula menulis, apa yang perlu anda rancang?

Pertama sekali anda perlu mencari tema cerita yang hendak anda tulis.
- Kisah cinta
- Kisah keluarga
- Kisah remaja
- Kisah komedi romantik (tema yang paling mendapat sambutan ketika ini).
- Kisah mistik, aksi, thriller, seram
- Kisah Islamik
- Travelog
- Kisah sains fiksyen
- Kisah peperangan/patriotik
- dan banyak lagi.

Pilih tema mana yang sesuai dengan cita rasa anda. Maksudnya tema yang boleh anda 'bawa' atau garap hingga akhirnya terbit menjadi sebuah novel setebal 500 halaman.



_________________
P/S: Panduan ini boleh digunakan untuk disesuaikan dengan mana-mana rumah penerbitan kerana ia panduan yang umum.

Wednesday, 5 February 2014

KELAS ONLINE ANJURAN AKEDAMI BEKERJA DI RUMAH


Alhamdulillah Akademi Bekerja Di Rumah telah mempunyai lebih daripada 370 blog dengan 13 guru online dedikasi bertugas. Kami masih menerima pendaftaran setiap hari.

Untuk menyertai akademi, boleh daftar mana-mana kelas online berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan (pilihan 4 pakej yuran: RM150, RM180, RM200, RM300)

2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes (pilihan 4 pakej yuran: RM150, RM180, RM200, RM300)

3. Kelas belajar iklan di mudah.my (juga belajar asas blog dan fan page mula bisnes) - Yuran RM200, dapat 2 e-book

4. Kelas penulisan kreatif Kelas penulisan kreatif online - Yuran RM170 (dapat 3 e-book + 4 e-book bonus)

5. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho


Untuk kelas asas blog dan fan page mula bisnes, kami menyediakan 4 pakej pilihan yuran berdasarkan keperluan, minat dan bajet anda:









Penerangan kelas:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ. Juga belajar asas blog dan fan page. Belajar tiga medium pengiklanan dalam 1 kelas. 

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. Tiga produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian Internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
Jika berminat hubungi saya:


1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, PM saya sekarang. Pendaftaran adalah setiap hari.

3. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman. Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan. Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel (+ 4 e-book bonus) secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Takdir. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.



Tuesday, 4 February 2014

Panduan Cerpen: Mingguan Wanita



Format untuk menghantar Cerpen ke Mingguan Wanita: 
  • Tema karya adalah bebas
  • Jumlah perkataan yang diperlukan kira-kira 13 ribu characters (with space).
  • Gaya bahasa yang indah.
  • Jalan cerita yang menarik, mempunyai mesej, bermoral, tidak mengandungi unsur lucah dan terkesan di hati pembaca.
  • Muatkan dalam 2 dokumen atau file doc. yang mengandungi maklumat berikut:
  1. Naskah cerpen
  2. Maklumat penulis (nama, nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat dan nombor telefon) beserta surat pengakuan bahawa karya cerpen anda adalah asli dan tidak disadur dari mana-mana sumber.
  • Cerpen tidak pernah disiarkan di mana-mana majalah mahupun laman online.
  • E-melkan cerpen ke emel saya: netty@karangkraf.com.my
  • Jika mahu menggunakan kaedah pos, alamatkan dokumen ke:
          Ruangan Cerpen Mingguan Wanita 
          Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
          Lot No 25, Premis No. 1, Jalan Renggam 15/5,
          Off Persiaran Selangor,
          Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
          Selangor Darul Ehsan.

Wednesday, 1 January 2014

Ulasan 2: E-Book 101 Tip Penulisan Novel

Sumber: http://kasturiputeh5.blogspot.com/2013/12/ulasan-e-book-101-tip-penulisan-novel.html

Semua orang mempunyai pengalaman hidup yang berbeza. Ada yang hanya mahu menyimpan sahaja pengalaman hidup yang mereka lalui di dalam 'kotak khazanah' sejarah hidup mereka dan tidak mahu mengingatinya lagi.

Namun ada juga yang suka untuk berkongsi pengalaman hidup yang pernah dilalui dengan orang lain, dengan harapan ianya dapat menjadi peringatan dan panduan kepada mereka yang sedang melalui perkara yang sama.

Perkongsian itu mungkin ditulis dalam bentuk sajak, lagu atau menjadi sebuah cerita yang dibukukan sebagai novel. Dan saya adalah salah seorang dari mereka yang ingin berbuat demikian. Berkongsi mengenai pengalaman hidup saya melalui penulisan. Ya, saya bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, insya allah.

Saya tidak tahu pandangan orang lain yang bercita-cita untuk menjadi penulis juga, tapi, selama ini saya sangka  bukanlah susahpun untuk menjadi seorang penulis. Asalkan ada idea, tahu bagaimana untuk menyusun ayat dan mengeja, memiliki sebuah komputer dan tahu cara menggunakannya, itu sudah cukup untuk memulakan langkah sebagai penulis. Betul! Memang betul! Tapi, penulis yang bagaimana?

Sehinggalah Allah 'membuka' jalan kepada saya untuk menyertai Bengkel Penulisan Islami pada bulan November 2013 yang lepas, barulah saya faham, rupanya bukan mudah untuk menjadi seorang penulis yang baik. Dan kemudian Allah 'temukan' pula 'jodoh' saya dengan Kelas Asas  Blog Penulisan Kreatif, maka saya semakin memahami keadaan 'dunia' penulisan yang sebenar. Dan melalui kelas ini pula, saya dapat mendalami lagi ilmu penulisan melalui pembacaan beberapa EBook berkaitan penulisan, termasuklah EBook 101 Tip Penulisan Novel ini.

Selepas membaca EBook ini sebanyak dua kali, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar mengenai dunia penulisan novel. Penulis EBook ini, Puan Mazlia Murat telah membawa pembaca 'mengembara' sambil 'memandu' pembaca langkah demi langkah ke alam  dunia penulisan novel.

Bermula dengan Bab 1 - 25 Sebab Manuskrip Ditolak Penerbit. Menurut Puan Mazlia Murat, ianya perlu diketahui oleh bakal penulis mahupun penulis lama supaya dapat menjimatkan masa daripada melakukan kesilapan semasa proses penulisan dan juga meninggikan peluang manuskrip diterima dan diterbitkan.

Diikuti pula dengan Bab 2 - Memulakan Langkah. Bab ini memperincikan aspek yang perlu diambil kira sebagai panduan untuk memulakan penulisan seperti memilih genre, menentukan tema, memilih sasaran pembaca dan lain-lain.

Bab 3 - Inti Pati Novel. Di dalam bab ini, Puan Mazlia Murat menerangkan bahawa terdapat empat perkara asas yang perlu ada dalam novel iaitu watak dan perwatakan, latar, plot dan juga konflik.

Bab 4 - Merangka Cerita. Selepas memilih tema dan plot utama, merangka cerita merupakan langkah seterusnya bagi seorang penulis untuk mengembangkan idea dalam penulisannya. Di dalam bab ini juga Puan Mazlia Murat memperkenalkan beberapa teknik analisis seperti Diagram Tulang Ikan/Ishikawa Diagram, teknik menggunakan rajah mengikut keselesaan dan juga teknik KJ Method.

Bab 5 - Teknik Penceritaan. Bab ini mengupas teknik penceritaan yang perlu digunakan dalam penulisan bagi menjadikan sesebuah novel menarik untuk dibaca.

Bab 6 - Semakan dan Suntingan. Di dalam bab ini, penulis EBook ini menegaskan mengenai empat langkah yang perlu diambil sebelum seseorang penulis menghantar manuskrip kepada penerbit : Semak, Sunting, Maklum balas dan Ubah.

Bab 7 - 25 Ciri Penulis Yang Disukai Penerbit. Puan Mazlia Murat  menerangkan bahawa menulis manuskrip yang baik sahaja tidak mencukupi. Beliau telah menyenaraikan 25 ciri yang perlu ada kepada setiap penulis agar terjalin hubungan yang baik antara penulis dengan penerbit.

Bab 8 - Memahami Hak Penulis. Bab ini merupakan nasihat daripada Puan Mazlia Murat kepada bakal-bakal penulis yang biasanya teruja mahu melihat manuskrip diterbitkan sehingga mengabaikan perkara lain yang penting dalam melindungi hak penulis. Dua perkara yang disebut ialah hak cipta dan hak penerbitan.

Bab 9 - Jual Sebelum Terbit. Dalam bab ini pula Puan Mazlia Murat menyentuh mengenai tanggungjawab menjual dan mempromosikan novel tulisan seseorang bukanlah terletak dibahu penerbit sahaja, tetapi juga tanggungjawab penulis novel itu sendiri

Bab 10 - 20 Ciri Penulis Best Seller Yang Prolifik. Definisi prolifik bermaksud banyak menghasilkan karya, banyak hasil tulisannya. Manakala best seller pula adalah buku yang paling popular dan laris dijual dengan jumlah yang luarbiasa.

Puan Mazlia Murat turut berkongsi dengan pembaca tiga buah cerpen hasil karya beliau yang amat menarik dan berlainan setiap satunya dari segi gaya penulisannya. 

Kesimpulan yang saya perolehi setelah membaca EBook ini ialah bukan mudah untuk menjadi seorang penulis yang baik. Apatah lagi untuk menjadi penulis best seller yang prolifik. Dan EBook ini merupakan satu EBook panduan yang baik dan wajib dibaca oleh setiap bakal-bakal penulis untuk membantu mereka ke arah itu.

Seperti yang ditulis oleh Puan Mazlia Murat di dalam Tip 1 EBook ini :

''Tanpa keberanian mimpi tidak bermakna. Selagi kita tidak memulakan langkah pertama, bermimpi setiap malam mahu jadi penulis pun tiada gunanya.'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...