Sunday 1 June 2014

TP: Kaitan Sasaran Pembaca dan Gaya Bahasa

Bismillah.
Sumber: E-Book 101 Tip Penulisan Novel


Tip 45: Pemilihan perkataan dan penyusunan ayat berbeza perlu disesuaikan mengikut genre, tema dan juga sasaran pembaca. Adalah tidak sesuai menulis ayat yang berbunga-bunga apabila kita menulis novel kanak-kanak.

Perkara penting dalam menjadi penulis kanak-kanak adalah kita perlu memahami jiwa kanak-kanak. Bagaimana mendapatkan jiwa itu? Bagi saya sendiri, saya jadikan lebih daripada 50% bahan bacaan saya adalah buku kanak-kanak. Dari situ kita dapat menyerap susunan ayat, keletah, mood dan apa sahaja yang menjadikan penulisan kita tidak kaku dan membosankan. Selain itu, saya juga menonton cerita kanak-kanak.”

- Natasha Effyzal – 7 Kisah Inspirasi Penulis Prolifik & Best Seller

2 comments:

  1. Assalamualaikum, salam perkenalan dan salam penulisan.

    Ya, saya juga cuba menulis cerita kanak-kanak. Nampaknya memang sulit sedikit. Bagaimanapun, hasilnya cukup memuaskan jika kita menukanginya dengan kesabaran. Bagaimanapun, saya lebih suka menulis karya remaja.

    P/S: Sudahkah membaca buku saya? Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM 2014. Jika berminat boleh dapatkan daripada saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, salam perkenalan dan salam penulisan.

    Ya, saya juga cuba menulis cerita kanak-kanak. Nampaknya memang sulit sedikit. Bagaimanapun, hasilnya cukup memuaskan jika kita menukanginya dengan kesabaran. Bagaimanapun, saya lebih suka menulis karya remaja.

    P/S: Sudahkah membaca buku saya? Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM 2014. Jika berminat boleh dapatkan daripada saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...