Friday 22 January 2016

Teknik Menjual di Instagram

Bismillah.

Sedikit perkongsian teknik jualan di instagram.

5 faktor yang kita patut ambil berat jika nak buat jualan di Instagram (IG)

1 : Pemilihan produk

Kita kena tahu, kebanyakan pengguna IG ni muda remaja. Jadi anggaran umur mereka juga lingkungan bawah 35 tahun. Mungkin bawah 30. Kedudukan kewangan pun ala kadar. Jadi kalau letak produk mahal, ataupun produk untuk orang berusia memang slow jika di IG. Letak ubat kuat yang baca budak2 nak buat apa weh...

2 : Gambar

Kebanyakan pengguna suka masuk IG sbb mereka suka tengok gambar yang unik. Bukan nak tengok katalog barang. Jika gambar produk kita ada kelainan, besar kemungkinan ramai orang suka, ramai orang suka, lagi tinggi potensi orang nak beli. Keyword: dalam IG gambar jadi penambat hati mereka.

3 : Ayat jualan.

Sama macam point di atas, dalam IG orang bukan nak tengok katalog barang, jadi elakkan terlalu hard selling. Dalam erti kata lain, ayat jangan asyik nak menjual. Sesetengah mereka masuk IG sbb nak lari daripada FB yang ramai sangat orang dok menjual tau. Jadi ubah ayat ke arah cuba perkenalkan produk dengan lebih unik.

4 : Penggunaan ‪#‎tags‬.

Tak dinafikan, ada juga yang suka shopping dalam IG, dan mereka cari barang berdasarkan #tags. Jadi, kita perlu tahu apa yang mereka biasa cari. Bagaimana?

Letakkan situasi diri kita seperti mereka, jika nak cari produk, apa yang kita cari. Contoh, jika saya cari barang bayi, saya akan taip barangbayi, bukan sayajualbarangbayi. Tak ramai yang tahu ‪#‎sayajual‬tu. #sayajual tu famous dalam kalangan peniaga saya. Lagi satu, tak payah lah letak #tags yang tak berkaitan, buat semak post saja.

5 : Followers

Okay, ini paling penting, siapa follower kita? Itu yang mainkan peranan utama untuk lariskan jualan dalam IG. Follower yang ramai tak semestinya bagus. Bagus untuk naikkan kepercayaan dam kredibiliti, tapi untuk convert ke jualan belum tentu. Cuba bayangkan kita jual baju kurung dan instant shawl dan followers kita 150,000 orang. TAPI... follower kita semuanya budak sekolah, lelaki, umur lingkungan 15-18 tahun. Buat apa? Jadi, yang penting adalah TARGETED FOLLOWER.

Nak belajar lebih lanjut tentang 4 elemen penting ni?

- Gambar
- Ayat jualan
- Penggunaan hashtag
- Targeted followers

Klik di bawah untuk maklumat lanjut.

TEKNIK MENJUAL DI INSTAGRAM DENGAN BERKESAN





Saturday 27 September 2014

TP: Peluang Kedua

Teks: Mazlia Murat


Bismillah.

Lama sungguh tidak update blog.

Sebetulnya saya seorang yang perahsia. Saya tidak suka berkongsi hal peribadi dengan orang. Maksud saya aktiviti saya dan sebagainya.

Saya cuba bersikap terbuka kerana mahu bekerja dari rumah. Kalau orang tidak kenal, macam mana hendak percaya dan dapatkan perkhidmatan kita kan?

Namun, saya tidak berjaya melakukannya kerana ia tidak cocok dengan jiwa. Sebab itulah blog ini bersawang.

Saya hanya kongsikan hal penulisan. Saya cuba berkongsi rutin sebagai WAHM dan kehidupan peribadi tetapi rasa tidak tahu apa yang hendak ditulis. Apabila saya tersekat dalam dunia penulisan, lagilah saya tidak tahu hendak kongsi apa.

Okey, ini cuma intro. Ya, panjang betul intro saya.

Sebenarnya saya hendak berkongsi tip.

Apabila kita menulis satu-satu karya, ia adalah harta intelektual kita. Biarpun tidaklah intelektual sangat pun! Contoh macam saya yang menulis cerita merapu sahaja.

Dipendekkan cerita, karya kita diterbitkan, kita gembira. Penerbit gembira. Lalu bermulalah sesi jualan.  Kita pun terimalah royalti untuk tempoh beberapa tahun. Sampai satu tahap, kalau kita tidak aktif mempromosikan buku itu di samping tidak ada produk baru, produk orang lain akan mengambil alih tempat kita.

Maka, buku kita pun suam-suam kuku di pasaran sehinggalah pada satu hari yang pada mulanya nyaman, kita terima beberapa pucuk surat daripada penerbit.

Surat penyata royaltikah? Maaf, surat pemberitahuan baki stok buku kita akan dilupuskan (write-off). Ini bermaksud kita tidak akan mendapat royalti lagi kerana baki stok itu akan sama ada dijual pada harga kurang daripada 50%-60% harga di belakang buku (rujuk surat perjanjian), ditimbang kati, ataupun akan diberikan percuma. Lebih memilukan hati, buku itu tidak akan diulang cetak sehingga dimaklumkan kelak.

Adakah kita perlu meratap pilu?

Tidak. Kita masih ada peluang. Ingat, karya kita adalah harta intelektual kita dan kita masih berpulang menggunakan ia untuk menjana pendapatan pasif sebagai penulis.

Semak perjanjian penulisan. Biasanya write-off bukan bermaksud pemulangan hak penerbitan. Hak penerbitan masih dipegang oleh penerbit asal. Ia hanya bernaksud karya kita tidak akan dijual lagi sehingga keajaiban berlaku. Hoho.

Berbincang dengan penerbit kalau karya kita itu masih ada potensi. Kita boleh cadangkan untuk di-revamp. Buat edisi baru. Kalau penerbit tidak berminat, mohon dipulangkan hak penerbitan dengan cara baik.

Baca semula, edit, buat penambahbaikan. Tambah babak baru untuk mencantikkan jalan cerita. Buang babak lama yang kita rasa tidak perlu ada.

Maka terhasillah karya kemas kini. Hantarlah kepada penerbit lain (pastikan hak penerbitan sudah dipulangkan). Maklumkan kepada penerbit baru itu, ini karya lama yang pernah dicetak oleh sekian-sekian penerbit pada tahun sekian-sekian.

Masukkan dalam imprint supaya pembaca tidak rasa tertipu. Hebahkan di media sosial bahawa karya baru kita itu, karya lama yang diberi wajah baru.

Maka satu lagi sesi menerima royalti akan bermula dengan izin Allah. Kita pun rasa gembira karya kita masih ada tempat dalam pasaran.

Selamat menulis.

Selamat mengejar pelangi.



p/s: Untuk proposal/manuskrip yang direjek dan tidak pernah diterbitkan, juga boleh lakukan perkara yang sama iaitu, baca semula, ubahsuai cerita supaya lebih menarik dan menepati kehendak pasaran.




Sunday 1 June 2014

TP: Kaitan Sasaran Pembaca dan Gaya Bahasa

Bismillah.
Sumber: E-Book 101 Tip Penulisan Novel


Tip 45: Pemilihan perkataan dan penyusunan ayat berbeza perlu disesuaikan mengikut genre, tema dan juga sasaran pembaca. Adalah tidak sesuai menulis ayat yang berbunga-bunga apabila kita menulis novel kanak-kanak.

Perkara penting dalam menjadi penulis kanak-kanak adalah kita perlu memahami jiwa kanak-kanak. Bagaimana mendapatkan jiwa itu? Bagi saya sendiri, saya jadikan lebih daripada 50% bahan bacaan saya adalah buku kanak-kanak. Dari situ kita dapat menyerap susunan ayat, keletah, mood dan apa sahaja yang menjadikan penulisan kita tidak kaku dan membosankan. Selain itu, saya juga menonton cerita kanak-kanak.”

- Natasha Effyzal – 7 Kisah Inspirasi Penulis Prolifik & Best Seller

Saturday 31 May 2014

Ejaan: Tanda sempang

Teks: Mazlia Murat
Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my


Bismillah.

Tip penulisan hari ini; ejaan.

Kadang-kala (SALAH)
Kadangkala (BETUL )

Ada-kalanya (SALAH)
Adakalanya (SALAH)
Ada kalanya (BETUL)

Kadang kadang (SALAH)
Kadang-kadang (BETUL)


Friday 30 May 2014

Tatabahasa: Baru dan Baharu

Teks: Mazlia Murat
Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my

Bismillah.

Tip penulisan hari ini.
Perbezaan perkataan 'baharu' dan ' baru'.

Cantiknya kereta baharu awak. - BETUL
Cantiknya kereta baru awak. - BETUL

Dia baharu sampai dari kampung. - SALAH
Dia baru sampai dari kampung. -BETUL

Perkataan 'baharu' diterjemahkan daripada perkataan 'new'. Perkataan baru pula untuk 'just', tetapi juga boleh digunakan sebagai 'new'.

Contoh:
Buku baharu/baru
Kasut baharu/baru
Rumah baharu/baru

(Masa)
Baru lahir
Baru tiba
Baru beli
Baru-baru ini

Kesimpulannya, kalau saya, saya gunakan 'baru' sahaja sebab penggunaannya betul untuk kedua-dua konteks. Tidak perlu pening.



Thursday 29 May 2014

Ejaan

Teks: Mazlia Murat
Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my

Tip penulisan hari ini.
Kesalahan lazim dalam ejaan, dua perkataan dieja menjadi satu.

Suratkhabar (SALAH)
Surat khabar (BETUL)

Surirumah (SALAH)
Suri rumah (BETUL)

Rumahtangga (SALAH)
Rumah tangga (BETUL)

Tengahari (SALAH)
Tengah hari (BETUL)

Temubual (SALAH)
Temu bual (BETUL)

Temuduga (SALAH)
Temu duga (BETUL)

Temujanji (SALAH)
Janji temu (BETUL)

Temuramah (SALAH)
Temu ramah (BETUL)

Urusniaga (SALAH)
Urus niaga (BETUL)

Urusetia (SALAH)
Urus setia (BETUL)


Wednesday 28 May 2014

Tarabahasa: Imbuhan

Teks: Mazlia Murat
Rujukan: http://prpm.dbp.gov.my


Bismillah.

Tip penulisan hari ini; imbuhan.

Perletakan (SALAH)
Peletakan (BETUL)

Imbuhan pe-an. Kata dasar - letak.

Kerosakkan (SALAH)
Kerosakan (BETUL)

Imbuhan ke-an. Kata dasar - rosak.

Kebanyakkan (SALAH)
Kebanyakan (BETUL)

Imbuhan ke-an. Kata dasar - banyak.

Kebaikkan (SALAH)
Kebaikan (BETUL)

Imbuhan ke-an. Kata dasar -baik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...