Wednesday 26 June 2013

Birth & Breast Feeding Plan (Pelan Kelahiran dan Penyusuan)


Teks oleh: Mazlia Murat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Entri ini tiada kaitan dengan manuskrip.

Tengah hari tadi sakit kepala saya merangka B&B plan untuk dibincangkan dengan doktor. Maklumlah... anak pertama. Jadi saya memang tiada pengalaman. Berbekalkan contoh-contoh yang ada, saya pun menaip dan mengubah suai mengikut kesesuaian. Masalahnya, contoh-contoh yang ada dalam bahasa Inggeris melainkan satu yang saya dapat ketika menghadiri kelas antenatal. Ditambah dengan perkataan-perkataan berkaitan proses kelahiran yang selama ini asing pada saya, maka berpeluh saya dibuatnya untuk menulis dalam bahasa yang saya faham dan fasih iaitu bahasa Melayu. Alhamdulillah, siap juga.

Masalahnya, beria-ia menyediakan B&B plan, hospital tempat mahu bersalin pun belum dipilih sedangkan sudah masuk minggu ke-31. Saya serba salah mahu memilih Pusat Perubatan Islam Az-Zahra ataupun skim FPP di Hospital Putrajaya ataupun Serdang. Ada beberapa faktor yang sedang dipertimbangkan. Bimbang juga disebabkan bertangguh membuat keputusan, sudahnya semua pun tolak saya dan terpaksalah saya admit ke mana-mana hospital apabila sampai masanya kelak.

Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk saya dan bayi.


2 comments:

  1. Pusat Perubatan Islam Az-Zahra dan An Nur bagus memandangkan ini anak pertama..Dulu seorang doktor pakar wanita mencadangkan saya memilih hospital yang mampu mengendalikan kes yang berisiko tinggi sebab kita tidak tahu apa yang bakal kita lalui semasa bersalin. Sekadar berkongsi cerita :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Lama tak dengar berita. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...