Teks oleh: Mazlia Murat
Seperti yang saya nyatakan dalam entri
terdahulu, saya sudah berhenti kerja sejak bulan Februari yang lalu
kerana urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Tidak pula saya
kesal dengan tindakan saya. Sebaliknya, saya bersyukur membuat
keputusan yang saya kira tepat, pada masa itu.
Keadaan berbeza sekarang. Sebab utama
saya berhenti sudah tiada. Namun, ada sebab lain pula yang buat saya
berat hati mahu kembali bekerja. Saya akan ada anak dan berniat mahu
menyusukan sepenuhnya tanpa apa-apa makanan lain. Kalau saya hantar
ke taska ataupun penjaga, adakah mereka akan menghormati dan mengikut
permintaan saya?
Pada masa sama, sebagai orang yang
sudah biasa bekerja dan pegang duit sendiri, saya rasa seperti tidak
produktif pula duduk di rumah tanpa menjana pendapatan. Hati saya
kini sudah berbelah-bahagi. Tujuh puluh peratus merasakan adalah
lebih baik saya kembali makan gaji. Soal anak insya Allah, akan
dipermudahkan asalkan niat kita ikhlas kerana Allah. Lagipun suami
saya akan kata saya pemalas. Heh....
Lebih tidak glamor, pada bahagian
pekerjaan di buku merah jambu saya (khas untuk ibu mengandung yang
melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan), ditulis SRT, singkatan
kepada suri rumah tangga oleh jururawat. Okey, saya semakin rasa
tidak berguna.
Jangan salah faham, saya bukannya
memandang rendah kepada suri rumah tangga. Bukan mudah mengurus rumah
tangga. Tetapi untuk saya yang belum ada anak dan suami pula sering
tiada di rumah buat satu tempoh yang lama, maka apalah sangat beban
yang saya pikul sebagai SRT sehinggakan saya tidak pula bekerja.
Rumah saya bukan banglo tiga tingkat yang perlu selalu dibersihkan;
saya juga bukanlah rajin sangat mengemas! Tiada juga anak kucing
sebab suami saya kata saya mahu jaga diri sendiri pun lintang-pukang,
ada hati mahu bela kucing! Senang cakap, saya memang tidak produktif.
Tidak! Malas-malas saya, saya tetap
mahu jadi suri rumah yang produktif dan ada pendapatan sendiri. Saya
percaya ramai di luar sana pun seperti saya. Tidak tahu, tidak
mengapa, kita sama-sama belajar. Saya sendiri masih di awang-awangan.
Oh, banyak rupa-rupanya panduan untuk orang seperti saya yang mahu menjana pendapatan dari rumah. Ramai sebenarnya yang sudah memulakan langkah dan berjaya.
Mampukah saya menyertai suri rumah yang bekerja dari rumah? Apa pun, langkah pertama sudah dimulakan. Semoga saya tidak hangat-hangat tahi ayam.
Kepada yang mahu menyertai saya, klik gambar di bawah dan dapatkan pakej ini di Adalah Rumah Buku Online.
Oh, banyak rupa-rupanya panduan untuk orang seperti saya yang mahu menjana pendapatan dari rumah. Ramai sebenarnya yang sudah memulakan langkah dan berjaya.
Mampukah saya menyertai suri rumah yang bekerja dari rumah? Apa pun, langkah pertama sudah dimulakan. Semoga saya tidak hangat-hangat tahi ayam.
Kepada yang mahu menyertai saya, klik gambar di bawah dan dapatkan pakej ini di Adalah Rumah Buku Online.
Dengan pembelian pakej e-book di atas, pembeli berpeluang menerima buku di bawah secara percuma sementara stok masih ada.
Marilah kita bersama-sama mengejar
pelangi!
No comments:
Post a Comment