Teks oleh: Mazlia Murat
Dengan nama Allah yang maha pemurah
lagi maha mengasihani.
Beberapa hari ini, saya keletihan.
Banyak memaksa minda untuk berfikir dan bekerja. Maklumlah, sudah
bermalas-malasan untuk satu tempoh yang agak panjang.
Saya sedang berusaha menyiapkan e-book
yang ditulis bersama seorang penulis dari rumah yang sudah berjaya.
Perlu siapkan 20 bab. Bahan beliau sudah ada, saya perlu semak,
pilih yang sesuai, olah semula, dan jadikan 20 bab. Saya baru tulis
empat bab. Itu pun belum cukup 10 muka surat untuk setiap bab.
Sasarannya, saya perlu siapkan secepat
mungkin. Paling lewat sebelum Syawal. Bulan Ramadan, saya lemau
sedikit. Apatah lagi ini kali pertama mengandung. Sudah sarat pula.
Saya pun tidak dapat bayangkan bagaimana mahu menempuh Ramadan.
Bertenagakah saya? Mampukah minda saya berfungsi dengan baik?
Sya pun tidak pasti, saya
akan berjaya ataupun tidak menyiapkan mengikut sasaran. Namun, saya
bukan jenis orang yang cepat mengalah. Jadi, saya akan berusaha dan
berusaha. Bukankah usaha tangga kejayaan? :)
Selebihnya saya hanya mampu berdoa dan
bertawakal.
Sesiapa yang terasa mahu menulis
e-book, boleh PM saya untuk menyertai kelas online asas blog. Apa
kaitan blog dan e-book? Saya akan jelaskan, PM saya dahulu di
Facebook Mazlia Murat ataupun di e-mel mazliamurat@gmail.com
Marilah bersama-sama mengejar pelangi.
Boleh sahaja berpuasa walaupun sedang sarat. Dua kali saya mengandung dalam bulan puasa..mungkin boleh cuba masa berbuka makan 3 biji kurma dan susu suam dahulu. Begitu juga masa sahur, Insya-Allah. Kemudian makan macam biasa...:)
ReplyDelete