Teks oleh: Mazlia Murat
Dengan nama Allah yang maha pemurah
lagi maha mengasihani.
Berangan-angan mahu bekerja dari rumah
itu memang mudah. Namun, merealisasikannya bukan mudah. Banyak
cabaran yang perlu ditangani.
Bangun awal contohnya.
Selepas subuh, syaitan akan menghasut,
“Sambung tidur sekejap sahaja, bukan lama.”
Cerita Korea ataupun rancangan lain
yang menjadi kegemaran. Errr... ini bagi yang belum ada komitmen
rumah tangga mungkin... saya tidak pasti apabila sudah jadi ibu
kelak, sempat lagikah menonton televisyen. Saya lihat kakak saya
seperti sudah tidak ada masa untuk bermalas-malasan.
“Tengok sekejap sahaja. Kerja sambung
kemudian.”
Tidak mendapat respons seperti yang
diharapkan; belum ada rezeki. Contohnya apabila kerja kita itu
menjual produk secara online. Memang kecewa, namun perlu kuat
semangat. Disiplinkan diri untuk teruskan menjual, mengalah bukan
pilihan.
Ini kali kedua saya mencuba bekerja
dari rumah. Dari Mei 2010 hingga April 2011 sebenarnya saya pernah
bercuti tanpa gaji. Konon-konon sudah bosan bekerja, mahu jadi
penulis sepenuh masa. Hasilnya, lebih banyak membazir masa daripada
bekerja. Dalam tempoh itu juga, saya berkahwin. Senang hati ada orang
menanggung. Hmm... itulah contoh tiada disiplin diri yang tinggi.
Percubaan kali ini, saya harap berjaya.
Semoga saya tidak mengecewakan diri sendiri lagi.
Saudari di luar sana bagaimana?
Berjayakah mendisiplinkan diri menjadi working-at-home-mother?
Terima kasih kerana membaca.
Marilah mengejar pelangi!
Suka
memasak?
Mahu
menggunakan hobi memasak untuk menjana pendapatan?
Mahu
menjadi suri rumah, pada masa sama,
menggunakan
kepakaran memasak untuk menambah pendapatan?
Tidak
pasti bagaimana mahu bermula?
Mulakan
langkah pertama dengan membaca 3 e-book ini.
3
E-book dengan harga RM125
Juga
dijual berasingan. Dapatkan hari ini.
No comments:
Post a Comment