Teks: Mazlia Murat
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Entri berkenaan sistem tanda baca dalam dialog telah membawa kepada persoalan lain oleh pembaca.
Penerangan ini mengikut pemahaman adan ajaran guru saya, supaya kita mudah faham. Maafkan saya sekiranya orang bahasa mempunyai penerangan yang lebih konkrit dan mengikut hukum tatabahasa.
Selamat mengejar pelangi.
____________
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Entri berkenaan sistem tanda baca dalam dialog telah membawa kepada persoalan lain oleh pembaca.
Mengapa
perlu menggunakan koma dan bukannya noktah dalam ayat di bawah?
“Maafkan
saya.” Kata Melly. (Salah)
“Maafkan
saya,” kata Melly. (Betul)
Jawapannya
adalah kerana ia adalah satu ayat. Frasa “kata Melly” tidak boleh
berdiri sendiri, tanpa dialog sebelumnya.
Situasi
ini samalah konsepnya dengan:
Melly
berkata, “Maafkan saya.”
“Baiklah,
saya maafkan awak,” jawab Lolly.
“Awak
sudah makan?” dia bertanya.
Balas
saya, “Belum. Awak mahu belanja saya makan?”
Contoh
yang berbeza, yang mana ayat kedua boleh berdiri sendiri, tanpa
dialog sebelumnya, menjadikannya sebagai dua ayat berbeza.
“Saya
benci awak.” Melly memalingkan wajahnya.
“Saya
pergi dahulu.” Naimah bergegas meninggalkan pejabat.
“Adi,
saya benci awak sampai mati!” Lily membaling cincin pertunangannya
ke dalam tasik di hadapannya.
Penerangan ini mengikut pemahaman adan ajaran guru saya, supaya kita mudah faham. Maafkan saya sekiranya orang bahasa mempunyai penerangan yang lebih konkrit dan mengikut hukum tatabahasa.
Selamat mengejar pelangi.
____________
No comments:
Post a Comment