Teks: Mazlia Murat
Foto: Carian Google
Selamat menulis.
____________
Foto: Carian Google
“Saya minta maaf.” Kata Melly. (Salah)
“Saya minta maaf,” kata Melly. (Betul)
Ahmad menjerit, “wah! Seronoknya.” (Salah)
Ahmad menjerit, “Wah, seronoknya!” (Betul)
“Apa maksud awak??!!” (Salah)
“Apa maksud awak?” (Betul)
“Saya suka makan nasi lemak”. (Salah)
“Saya suka makan nasi lemak.” (Betul)
“Saya mahu ikut awak,” kata Ahmad. “Tetapi saya perlu pulang awal.” (Salah)
“Saya mahu ikut awak,” kata Ahmad, “tetapi saya perlu pulang awal.” (Betul)
“Saya suka makan nasi lemak,” beritahu Bell, “saya boleh makan nasi lemak setiap hari tanpa rasa jemu.” (Salah)
“Saya suka makan nasi lemak,” beritahu Bell. “Saya boleh makan nasi lemak setiap hari tanpa rasa jemu.” (Betul)
Selamat menulis.
____________
PM Mazlia Murat untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment