Foto: Portal PTS
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Sebelum ini, saya memang tidak suka makan panadol kerana tahu akan kesan sampingannya. Jadi, apabila demam, saya abaikan. Paling tidak pun saya minum 100 plus. Ya, minuman isotonik yang tinggi gula ini memang menjadi kegemaran saya.
Sehinggalah saya membaca buku di bawah baru saya tahu elok minum air kelapa apabila demam. Apatah lagi, saya memang suka minum air kelapa.
Kebetulan saya membaca entri rakan kelas online asas blog dan penulisan menyentuh tentang air kelapa. Pengetahuan ini semakin bertambah apabila membaca catatan beliau tentang apa yang beliau lakukan apabila anak sakit. Maklumlah, sebagai ibu, saya perlu bersedia.
Sebahagian catatan beliau:
Point
penting yang saya selalu jaga semasa anak demam adalah :
Tingkatkan
sistem pertahanan badan anak - sup ayam, air kelapa, jus buah,
elakkan gula dan makanan berproses.
Beri
makan probiotik bukan antibiotik. Antibiotik akan bunuh semua
bakteria jahat dan baik. Badan perlukan bakteria baik - Minyak kelapa
dara, ekstrak minyak zaitun.
Pastikan
anak aktif dan ceria. Kalau dia mahu dukung 24 jam, layankan. Asalkan
anak gembira, maka cepat sembuh. Orang murung lambat sembuh.
Turunkan
suhu secara bertahap bukan mendadak - lap badan, mandikan dengan air
bersuhu sederhana.
Rawatan
rohani - selawat shifa', solat hajat, solat taubat, bersedekah.
Bacaan lanjut di Ubat Demam Tanpa Panadol: Iryani Ahmad
---------------------------
PM saya MAZLIA MURAT untuk mendaftar kelas asas blog dan penulisan.
No comments:
Post a Comment