Teks: Mazlia Murat
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Watak adalah tokoh
yang mendukung sebuah cerita (manusia ataupun bukan manusia). Watak
menggerakkan cerita melalui interaksi sesama watak mahupun dengan
persekitaran (alam).Perwatakan pula adalah pelukisan watak daripada aspek luaran dan dalaman oleh penulis. Ia ditonjolkan secara langsung mahupun tidak langsung melalui tingkah laku (aksi) dan tutur kata (dialog).
Ada
beberapa istilah yang berkaitan dengan watak, iaitu watak utama,
watak pembantu, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak
dinamik, watak statik, protagonis, dan antagonis.
Sifat
perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduk, cara berfikir, cara
bercakap, rupa paras dan fizikal watak, kepercayaan dan ideologi yang
dipegang, serta gambaran perasaan watak itu.
Watak
yang berperanan paling penting dipanggil watak utama. Watak yang
menonjol selepas watak utama adalah watak pembantu. Manakala, watak
yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
Watak
protagonis mewakili watak utama. Watak ini tidak semestinya baik,
tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin penjenayah, tidak jujur,
dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada
watak protagonis.
Watak
pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak
memeranjatkan pembaca.
Watak
bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah,
sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikap dan fizikalnya.
Watak
dinamik pula watak yang mengalami pelbagai konflik dari awal hingga
akhir cerita.
Watak
statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan
tidak bergerak.
Pelukisan
watak terutamanya watak utama dan pembantu penting untuk menarik
perhatian pembaca dan menjadikan cerita menarik.
Selamat mengejar pelangi!
_______
PM Mazlia Murat untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment