Sumber: E-book 101 Tip Penulisan Novel
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Tip penulisan hari ini:
Tulis
dan tulis setiap hari.
Ada
penulis yang memperuntukkan tempoh masa yang panjang, ada yang lebih
suka sesi yang pendek tetapi beberapa kali sehari. Ada yang suka
menulis awal pagi, ada punya yang suka menulis pada tengah malam.
Semua ini terpulang pada kesesuaian diri. Apa yang penting, kita
peruntukkan masa dan siapkan sasaran setiap hari, setiap minggu, dan
setiap bulan yang sudah ditetapkan.
Walau
bagaimanapun, ada kalanya apabila sudah tiap-tiap hari menulis, kita
akan rasa terlalu letih dan tidak tahu bagaimana lagi mahu mengolah
ayat. Semua pun serba tidak kena. Apabila sudah tidak mampu, tidak
perlulah paksa diri. Tinggalkan aktiviti penulisan sehari dua. Tarik
nafas dan lupakan seketika. Nikmati hidup. Makan kek coklat kalau
suka. Apabila sudah tenang dan segar kembali, sambung menulis dan
‘kejar’
semula berapa muka surat sasaran yang sudah tergelincir itu.
Menulis
sepatutnya adalah aktiviti yang menggembirakan, bukannya buat kita
rasa mahu hantuk kepala sendiri ke dinding.
Selamat mengejar pelangi.
_______
PM Mazlia Murat untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment