Thursday 7 November 2013

20 Ciri Penulis Yang Disukai Penerbit (Bahagian 2)


Teks oleh: Mazlia Murat

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Baca Bahagian 1 untuk 10 lagi.

11. Mengikut deadline yang dipersetujui untuk menyiapkan ataupun mempruf manuskrip supaya proses penerbitan tidak terganggu.

12. Memaklumkan apabila tidak dapat mengikut deadline dan bukannya menyepikan diri dan mengelak apabila dihubungi.

13. Bukan sahaja mengikut deadline, malah menghantar lebih awal daripada tarikh deadline yang ditetapkan.

14. Memberi kerjasama apabila diminta menyertai aktiviti promosi buku dan berlapang dada apabila penerbit tidak mampu memberikan layanan kelas A.

15. Aktif mempromosikan buku dengan inisiatif sendiri; hebahan di laman sosial, menjual buku sendiri, menganjurkan kuiz, menyediakan cendera hati untuk pembaca dan sebagainya, tanpa menunggu tindakan penerbit semata-mata.

16. Percaya rezeki itu daripada Tuhan. Bersangka baik dan tidak iri hati dengan penulis lain apabila lebih menyerlah sebaliknya berusaha meningkatkan kualiti produk sendiri dan lebih agresif menpromosi produk sendiri.

17. Berdisiplin serta menjaga kualiti dan produktiviti untuk tujuan penjenamaan dan bagi memudahkan penerbit mempromosikan penulis dan produk.

18. Saling membantu mempromosikan buku lain terbitan penerbit.

19. Semakin berisi, semakin menunduk. Walaupun sudah bergelar penulis best seller dan menerima royalti yang banyak,  tetap merendah diri dan mudah apabila berurusan.

20. Setia. Walaupun penulis bebas memilih untuk bekerjasama dengan mans-mana penerbit, namun kesediaan penulis untuk tidak beralih arah terutama apabila sudah menjadi penulis best seller sangat dihargai oleh penerbit.

Selamat mengejar pelangi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...